1 February 2015

Goreng Pisang Cheese Alaa Snow




alhamdulillah .dengan izin Nya aku dapat tulis blog ni lagi .setelah hampir setengah jam ada di hadapan muka laptop ini, tak tau nak tulis apa. yang datang dalam kepala ni hanya kosong...kosong....tapi usahakan juga untuk assignment yang telah di amanahkan ini. alhamdulillah .

hari ahad macam ni banyak aktiviti yang boleh buat kan, contoh nyaa memasak. ehh memasak? pahal taknak shoping pulak ?arhh abis kan duit kau je jah. baik main masak2. lama2 nanti pandai masak, senang tak payah beli beratur panjang tunggu makanan. kadang2 ade kedai yang mencekik darah ulu hati semua, harga yang tak masuk akal. belajar amek resepi tak pon ikut resepi tekak hengkorang lah bole masak sedap2. cuma dua ketentuan je. MALAS dan RAJIN. heee :D

mesti korang pernah dengar kan goreng pisang cheese. huh ?tak pernah ke? ke selalu mencekik tiap-tiap petang mix dengan teh o panas. eleh kau temberang je tak pernah kan. hak hak .sejak akhir-akhir ni pisang goreng cheese sangat terkenal di pelusuk negeri Malaysia ni. ade yang letak nama saintifik kat gerai diorang, ade yang letak nama sendiri untuk menarik perhatian pelanggan. tapi rasa dia berbeza-beza.

meh sini saya ajar awak cara-cara untuk buat goreng pisang cheese. kali ini saya mengguanakn pisang tanduk.

Bahan-bahan:
Pisang goreng
1 ikat pisang (buang kulit dan belah 2)
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil vanille
sedikit kunyit atau pewarna kuning untuk warna yang menarik
1 sudu teh garam
1 sudu besar margerin
1 biji telur
Cara-Cara:
1. cairkan mentega.
2. satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur. kacau rata.
3. tuangkan margerin cair.
4. kacau sebati.
5. tuangkan minyak panas ke dalam bahan-bahan tadi untuk mendapatkan pisang goreng yang rangup.
6. masukkan pisang.
7. panaskan minyak dalam kuali.
8. goreng pisang hingga kuning keemasan.
9. angkat dan toskan minyaknya.
Bahan Sos dan Toping:
1 sudu besar susu pekat manis ( ikut kalau suka manis letak banyak sikit )
keju cheedar ( di sagat halu )





1. letakkan pisang di atas pinggan yang sesuai.
2. tuangkan susu pekat.
3. taburkan keju cheedar yang siap diparut di atas pisang.




siap ! :)
 enak dimakan ketika hangat bertemankan teh o panas.


1 comments: