9 March 2016

TERIMA KASIH UNTUK KEHIDUPAN INI



Asalamualaikum .

wahai Suami,
terima kasih kerana terima seadanya kekurangan ini didalam hidup mu . Sudi menerima ku sebagai isteri mu .

Kau lelaki ketiga yg aku cinta selepas Rasulullah dan ayah . Kau bukan darah daging ku tetapi kau bermatian menjaga keselesaan ku dan bimbing aku ke syurga mu .

Wahai suami
Jujur aku tidak pernah menyintai mana2 laki bukan mahram selain mu syg sebelum ini . Dan ini pertama kali, kau mengajar aku cinta, syg, rindu yg teramat sgt padamu .

Aku bukan seperti saidatina Khadijah yg terlalu mulia , tetapi aku akan lakukan yg terbaik untuk mu .

Tidak perlu masa yg lama kite mencapai kebahagiaan ini .
Tahun pertama : kau dtg jumpa keluarga ku tanpa segan silu dan berhasrat hubungan kite semakin dalam . Keluarga menerima mu dengan hati terbuka .
Tahun kedua : kau datang membawa keluarga meminang aku dan masa tu jujur aku belum bersedia belum berkahwin . Tapi hati ku kuat utk menerima mu .
Tahun ketiga : Alhamdulillah kau sah menjadi suamiku , imam ku dan syurga ku .

Selepas aku kahwin banyak aku menghabiskan masa bersama mu walaupun kite jauh .2bulan kau di sabah demi mencari nafkah buatku .

Wahai suami..
Kau pelindungku di dunia dan akhirat . Aku kuat jika kau ada disisiku . Jangan kau biarkan diriku di pijak oleh manusia yg bercakap dan melakukan sesuatu tdak menggunakan akal .

Terima kasih syg utk 3 bulan ini