21 February 2015

Resepi Kek Aiskrim Oreo





 sejak dua menjak ni cuaca sangat panas. nak keluar jenjalan pun tak rajin nak redah lautan orang pada hari minggu ni. semua orang pun di galakkan minum air masak banyak banyak untuk kembali kan air dalam tubuh badan kite ni. baik aku duduk rumah buat apa yang patut. kemas rumah ke buat kek ke masak ke.. ehh kau ni makan je kan. mana tak dempol :p

mesti ramai kat luar sana yang suka makan cake tapi tak tau kedai kek mana yang sedap dan menepati citarasa kan. tapi kite boleh buat kek sendiri menyikut citarasa tekak awak awak semua :) tapi kalau nak senang cari je kat kedai kek mana2 yang dekat tak. rasa tu depend pada pembuat kek lah, kalau masok dengan dekak awak, sedap lah kek tu. tapi saya lebih gemar buat kek sendiri cuma masa yang menghimpit kite.






kali ni resipi dapat resipi dari sini .almaklum lahh, aku baru baru nak jinak dengan dunia masakan.ni pun bole lah kan yang penting u all enjoy :-*
Kek Span VanillaC&P : Kak Ita
4 biji telur gred A180 gm gula halus170 gm tepung kek70 gm air5 gm baking powder ( 1 sudu teh)15 gm ovellete50 gm minyak jagung1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

Cara-Cara
  1. Satukan, tepung kek dan baking powder kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung. Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
  1. Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu. Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun. Bila dah gebu, tutup mixer..
  1. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata. Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
  1. Bahagi adunan kepada 2 dahagian. Satu dituang ke dalam loyang bulat 8 inci dan satu lagi dituang ke dalam loyang 9x9 inci.
  1. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak. Setelah masak biar kek sejuk di atas redai.
  1. Apabila kek sejuk, potong kek bulat kedada dua bahagian. Untuk kek 9x9 inc, potong kepada 3 bahagian lebih kurang 2.5 inci  setiap satu ( contoh gambar kat bawah ).




Cara Penyediaan
-1 1/3 cawan fresh cream ( dipukul hingga soft peak )-aiskrim oreo ( lebih kurang 2 bekas )-biskut oreo-chocolate ganache-kek span ( resepi diatas )
Cara-Cara
  1. Sediakan loose tin 7". Letakkan sekeping kek bulat pada dasar loyang. Kemudian susun kepingan kek setinggi 2.5 inc pada keliling kek hingga kemas.
  1. Masukkan aiskrim dan ratakan. Apabila telah penuh, tutup dengan kepingan kek bulat 8 inc.
  1. Simpan dalam peti sejuk pada bahagian beku selama semalaman atau lebih daripada 3 jam.
  1. Apabila kek telah beku sepenuhnya, keluarkan kek dari loyang dan salut keseluruhan kek dengan fresh cream. Kemudian hias dengan chocolate ganache dan biskut oreo.
  1. Simpan semula dalam peti ais pada bahagian beku sebelum dihidangkan.
  1. siap untuk dihidang :)


 



  

10 February 2015

Resepi Sotong Goreng Tepung



aku ni penggemar seafood .kengkadang tu nak cari makanan seafood yang sesedap sanggup pergi jauh-jauh . aku asal dari negeri johor , kalau dah teringin sangat nak makan seafood ni sanggup pergi Restoran Umbai Parameswara dekat Melaka tuh haaaa kau ..kemain jauh beor ko melantak sampai sana , huhu....

tapi sekarang dah study kat melaka, bila ada waktu free baru lah keluar gi terjah restoran sesedap.. kekadang jeee. biasalah ,student ni kene save duit.. kalau dah keje tu lain lah .hehe ...semua kau cekau, dapat pulak kawan yang suka try makanan baru, tak kesah lah seafood ke western atau ala kampung. pon sooodapppppp ...!!

semalam keluar ,terjumpa satu restoran seafood dan ikan bakar. nama restoran tu Restoran Mesra kat Port Dickson. kedai ni buka dari jam 6petang sampai 12malam. dalam kol 6petang tu aku dah terpacak kat depan kedai tu ..haha excited punya tambah tambah perot dah berdangdut ni ...memang sedap lahh kalau nak ngap apa apa pon .silap silap orang pon aku bole ngap kalau dah lapar sangat. (perhh kau ni aligator ke ngap semua benda) kah !!

makanan kat sini semua sedap tapi service dia kurang memuaskan lahh .makanan sampai LAMBAT ! harap dapat pertingkatkan lagi oke . :)




tadaaa !! nampak macam biasa , tapi rasa diaa MA SYA ALLAH !! maha sedapnyaa ...urmphhhh cenghiniii haaa.. lembut+rangup tambah pula dengan sos , fuhh .terangkat .hihi... belom cite dia punya tomyam, ikan bakar dan makanan yang lain. semua sedap .

oke sekarang aku nak cite pula macam mana nak buat sotong goreng tepung. 

1. firstly mesti lahh kene ada sotong kan. nak pilih sotong ni hati-hati sebab sotong ni ada banyak jenis. kalau nak yang sedap pilih lah yang fresh., isi dia keras keras camtu.. bukan keras sebab ais ya... (dah siap siang)
2. tepung gandum
3. tepung beras
4. garam
5. kunyit
6. telur
7. serbuk roti

cara-cara nyaa

1. sotong dipotong ikut citarasa korang .tapi nak sedap potong besar besar dalam 1-2 inchi camtu.
2. perap sotong bersama kunyit dan garam dalam setengah jam.
3. telur dipukul hingga kembang
4. gaul sotong yang dah diperap tadi bersama telur yang dah dipukul tadi.
5. ambil tepung gandum dan tepung beras gaul bersama-sama 
6. ambil sotong dan gaul dengan tepung tadi , satu persatu. 
7. masukkan dalam minyak yang panas dengan api yang sederhana besar.
siap :)

mudah kan . selamat mencuba ! ^_^


1 February 2015

Goreng Pisang Cheese Alaa Snow




alhamdulillah .dengan izin Nya aku dapat tulis blog ni lagi .setelah hampir setengah jam ada di hadapan muka laptop ini, tak tau nak tulis apa. yang datang dalam kepala ni hanya kosong...kosong....tapi usahakan juga untuk assignment yang telah di amanahkan ini. alhamdulillah .

hari ahad macam ni banyak aktiviti yang boleh buat kan, contoh nyaa memasak. ehh memasak? pahal taknak shoping pulak ?arhh abis kan duit kau je jah. baik main masak2. lama2 nanti pandai masak, senang tak payah beli beratur panjang tunggu makanan. kadang2 ade kedai yang mencekik darah ulu hati semua, harga yang tak masuk akal. belajar amek resepi tak pon ikut resepi tekak hengkorang lah bole masak sedap2. cuma dua ketentuan je. MALAS dan RAJIN. heee :D

mesti korang pernah dengar kan goreng pisang cheese. huh ?tak pernah ke? ke selalu mencekik tiap-tiap petang mix dengan teh o panas. eleh kau temberang je tak pernah kan. hak hak .sejak akhir-akhir ni pisang goreng cheese sangat terkenal di pelusuk negeri Malaysia ni. ade yang letak nama saintifik kat gerai diorang, ade yang letak nama sendiri untuk menarik perhatian pelanggan. tapi rasa dia berbeza-beza.

meh sini saya ajar awak cara-cara untuk buat goreng pisang cheese. kali ini saya mengguanakn pisang tanduk.

Bahan-bahan:
Pisang goreng
1 ikat pisang (buang kulit dan belah 2)
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil vanille
sedikit kunyit atau pewarna kuning untuk warna yang menarik
1 sudu teh garam
1 sudu besar margerin
1 biji telur
Cara-Cara:
1. cairkan mentega.
2. satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur. kacau rata.
3. tuangkan margerin cair.
4. kacau sebati.
5. tuangkan minyak panas ke dalam bahan-bahan tadi untuk mendapatkan pisang goreng yang rangup.
6. masukkan pisang.
7. panaskan minyak dalam kuali.
8. goreng pisang hingga kuning keemasan.
9. angkat dan toskan minyaknya.
Bahan Sos dan Toping:
1 sudu besar susu pekat manis ( ikut kalau suka manis letak banyak sikit )
keju cheedar ( di sagat halu )





1. letakkan pisang di atas pinggan yang sesuai.
2. tuangkan susu pekat.
3. taburkan keju cheedar yang siap diparut di atas pisang.




siap ! :)
 enak dimakan ketika hangat bertemankan teh o panas.


13 January 2015

Cheese Cake New York




Hyee !! Im backkk!! Cehh konon buat macam lama sangat menghilang .kahkah xD  Ehh tapi memang lama pun aku menghilang dari dunia belog neyh . fuhh nasib bahek masih hengat pasword belog neyh. Hoho .rasa nya aku patot resign jadik blogger lerr kalau gini .apa nak buat kenz...tuntutan sebagai student sepenuh masa tidak memungkin kan aku nak mengapdate belog cabuk aku neyh (ayat bela diri) :p

diam tak diam macam tak cayo jee dah masok sem hempat dan dah tahun duaribu limabelas. gila pantas masa bergerak! macam baru semalam jek aku menjejakkan kaki ke alam unibersiti ni. tup tup dah jadi hakak senuir baqangg. kah kah .tak sampai setahun setengah lagi aku kat bumi Melaka tercinta neyh lepahtu mula lah nak caghi duit nak teruskan hidup (bekerja). ekceli nampak je macam jek macam kejap je masa bergerak tapi hari hari yang aku lalui kat sini penat lelah aku di kampus Tuhan je yang tahu. segala seteghes and pressure toksah cite lahh cikyah. mampu aku tergolek terjelopok jatuh kalau aku tak kuatkan semangat. mujur aku motivate kan diri untuk tabah dan sabar dalam harungi seribu satu kepayahan semua tu tanpa giveup. sebab dari awal aku dah set dalam hati semua yang aku harungi tu pengorbanan dan jihad yang besar untuk berjaya & satu ujian dari Dia untuk menuntut aku menjadi insan yang cekal. amin :)

cambese, bila dah masuk semester baru ni tak complete lah kalau takde eksaimen, kuiz, midterm and final exam. semua tu cukup untuk satu sem aku bertapa dan belajar. nyiahahaha. untuk makluman semorang, aku masok balik blog ni nak merapu merepek dalam blog ni atas sebab tugasan yang dah diberi oleh pensyarah subjek e-commerce itu hari. kira aku ni terlebih rajin aku start lambat sikit :p paling suka sebenarnya subjek pasal komputer ni. maklumlahh nak apply sains komputer dulu tak dapat :( takpe tu tak jadi masalah. yang penting skaghang ni kau kene suka apa yang kau dapat, ade pahem?

sir sorry sir sebab merepek memacam kat atas ni dulu .muhehehee

oke dah tutup cite, sekaghang nak cite pasal makanan. glupp ? makanan ke kau pilih? bila nak start diet ni woi, nampak makanan je mesti lapar ni pilih pulak topic makanan,. pe cite? :D dulik hape, haha. minggu lepas harijadi abang aku, dia ni suka makan kek tapi tak suka beli. so sughuh lah aku dengan bini dia buat kan kek. beli bahan bahan pe semua, tadaaaaa nahh ini hasilnyaa.



happy birthday to abang mal, turn 31 old.

kenapa letak nama 'AYAH' ?? sebab anak anak dia panggil abang aku ni ayah ,. :D aku nak share sikit resipi buat kek yang mabeles maha sedap nya ni kat semorang.


Cheesecake New York
Lapisan bawah:
2cawan biskut
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan mentega cair
1sapu loyang dgn butter.balut loyang dgn plastik wrap/aluminium foil.letak loyang atas dulang pembakar mengandungi air.suhu pertama 180c.
Hancurkan biskut,campur mentega dan gula.gaul sehingga boleh dikepal.padatkan.setkan dalam peti ais selama 1jam.
Lapisan atas:
500gm cream cheese (suhu bilik)
1/2cawan gula kastor
2 sudu besar tepung jagung
3biji telur (suhu bilik)
1/2whiping cream atau susu segar
1biji parutan kulit lemon
2 sudu besar jus lemon
1.pukul keju,gula tepung jagung.sehingga sebati
2.masukkan telur satu persatu.msuk whiping cream,parutan lemon dan jus lemon.
3.tuang adunan didalam base.
4. Bakar selepas 20minit,turunkn suhu 130c ...bakar selama 40-50minit.
Tutup api oven..biarkan sebentar dalam oven 5minit.setkan dalam peti ais. Siapp!! :)



yang jem atas tu boleh ikut citarasa tekak hengkorang lah nak letak apa .yang ni letak blueberry jem. sebab aku ni suka rasa masam masam sikit ,haa ikut lah cikyah nak letak ape ya .kihkih :)




Mudah kan? Tak payah lah nak beli kat kedai mahal2 tu ,buat sendiri lagi jimat dan berbaloi .okeee tu je yang aku nak sharing .selamat mencuba ! ;)