13 January 2015

Cheese Cake New York




Hyee !! Im backkk!! Cehh konon buat macam lama sangat menghilang .kahkah xD  Ehh tapi memang lama pun aku menghilang dari dunia belog neyh . fuhh nasib bahek masih hengat pasword belog neyh. Hoho .rasa nya aku patot resign jadik blogger lerr kalau gini .apa nak buat kenz...tuntutan sebagai student sepenuh masa tidak memungkin kan aku nak mengapdate belog cabuk aku neyh (ayat bela diri) :p

diam tak diam macam tak cayo jee dah masok sem hempat dan dah tahun duaribu limabelas. gila pantas masa bergerak! macam baru semalam jek aku menjejakkan kaki ke alam unibersiti ni. tup tup dah jadi hakak senuir baqangg. kah kah .tak sampai setahun setengah lagi aku kat bumi Melaka tercinta neyh lepahtu mula lah nak caghi duit nak teruskan hidup (bekerja). ekceli nampak je macam jek macam kejap je masa bergerak tapi hari hari yang aku lalui kat sini penat lelah aku di kampus Tuhan je yang tahu. segala seteghes and pressure toksah cite lahh cikyah. mampu aku tergolek terjelopok jatuh kalau aku tak kuatkan semangat. mujur aku motivate kan diri untuk tabah dan sabar dalam harungi seribu satu kepayahan semua tu tanpa giveup. sebab dari awal aku dah set dalam hati semua yang aku harungi tu pengorbanan dan jihad yang besar untuk berjaya & satu ujian dari Dia untuk menuntut aku menjadi insan yang cekal. amin :)

cambese, bila dah masuk semester baru ni tak complete lah kalau takde eksaimen, kuiz, midterm and final exam. semua tu cukup untuk satu sem aku bertapa dan belajar. nyiahahaha. untuk makluman semorang, aku masok balik blog ni nak merapu merepek dalam blog ni atas sebab tugasan yang dah diberi oleh pensyarah subjek e-commerce itu hari. kira aku ni terlebih rajin aku start lambat sikit :p paling suka sebenarnya subjek pasal komputer ni. maklumlahh nak apply sains komputer dulu tak dapat :( takpe tu tak jadi masalah. yang penting skaghang ni kau kene suka apa yang kau dapat, ade pahem?

sir sorry sir sebab merepek memacam kat atas ni dulu .muhehehee

oke dah tutup cite, sekaghang nak cite pasal makanan. glupp ? makanan ke kau pilih? bila nak start diet ni woi, nampak makanan je mesti lapar ni pilih pulak topic makanan,. pe cite? :D dulik hape, haha. minggu lepas harijadi abang aku, dia ni suka makan kek tapi tak suka beli. so sughuh lah aku dengan bini dia buat kan kek. beli bahan bahan pe semua, tadaaaaa nahh ini hasilnyaa.



happy birthday to abang mal, turn 31 old.

kenapa letak nama 'AYAH' ?? sebab anak anak dia panggil abang aku ni ayah ,. :D aku nak share sikit resipi buat kek yang mabeles maha sedap nya ni kat semorang.


Cheesecake New York
Lapisan bawah:
2cawan biskut
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan mentega cair
1sapu loyang dgn butter.balut loyang dgn plastik wrap/aluminium foil.letak loyang atas dulang pembakar mengandungi air.suhu pertama 180c.
Hancurkan biskut,campur mentega dan gula.gaul sehingga boleh dikepal.padatkan.setkan dalam peti ais selama 1jam.
Lapisan atas:
500gm cream cheese (suhu bilik)
1/2cawan gula kastor
2 sudu besar tepung jagung
3biji telur (suhu bilik)
1/2whiping cream atau susu segar
1biji parutan kulit lemon
2 sudu besar jus lemon
1.pukul keju,gula tepung jagung.sehingga sebati
2.masukkan telur satu persatu.msuk whiping cream,parutan lemon dan jus lemon.
3.tuang adunan didalam base.
4. Bakar selepas 20minit,turunkn suhu 130c ...bakar selama 40-50minit.
Tutup api oven..biarkan sebentar dalam oven 5minit.setkan dalam peti ais. Siapp!! :)



yang jem atas tu boleh ikut citarasa tekak hengkorang lah nak letak apa .yang ni letak blueberry jem. sebab aku ni suka rasa masam masam sikit ,haa ikut lah cikyah nak letak ape ya .kihkih :)




Mudah kan? Tak payah lah nak beli kat kedai mahal2 tu ,buat sendiri lagi jimat dan berbaloi .okeee tu je yang aku nak sharing .selamat mencuba ! ;)